Menurut bapa saudara mangsa, Khalid Yaacob, 59, ibu mangsa berasa sangsi apabila anak kedua daripada tujuh beradik tersebut tiba-tiba memohon maaf.







“Mengapa minta maaf, apa kesalahan yang awak dah lakukan. Tetapi Hazalli tidak menjawab pertanyaan itu,” kata Khalid sambil berlinang air mata ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di sini hari ini.

Khalid berkata, anak saudaranya merupakan seorang yang cukup disenangi ramai dan sangat menjaga adabnya dengan golongan lebih dewasa.

Hazalli Khalid maut kemalangan superbike di Karak.
Dalam kejadian di Lebuh Raya Karak kelmarin, mangsa merupakan seorang jurutera syarikat telekomunikasi maut setelah rentung akibat terlibat nahas motosikal berkuasa tinggi kelmarin.
Dalam pada itu, saudara mangsa, Mohd. Shaari Abdullah, 43, berkata, Hazalli merupakan seorang yang berperwatakan ceria ketika bersama ahli keluarga lain.

“Kali terakhir saya jumpa dia pada Hari Raya Aidilfitri lalu. Apabila pulang ke kampung, pasti suasana akan lebih meriah dengan gelagatnya,” katanya.

Tambah Mohd. Shaari, keluarganya berharap orang ramai supaya berhenti menyebarkan gambar ketika kejadian bagi mengelak sebarang spekulasi yang tidak benar tentang mangsa.-UTUSAN