Friday, 10 October 2014

FAM tetapkan perlawanan JDT - Terengganu 16 Oktober

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah.
PERLAWANAN suku akhir kedua Piala Malaysia antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin ditetapkan pada 16 Oktober.
   
Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata tarikh baharu itu dipersetujui oleh wakil kedua-dua pasukan dalam mesyuarat yang diadakan di Wisma FAM di Petaling Jaya, hari ini.
   
"Persetujuan ini memberi gambaran jelas bahawa arena bola sepak negara mempunyai pemimpin yang prihatin terhadap masalah dan sanggup hadir untuk mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan masalah yang timbul," katanya.
   
FAM sebelum ini bersetuju dengan permintaan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) supaya perlawanan dipinda daripada 11 Okt kepada 17 Okt atas dua faktor.
   
Faktor berkenaan adalah pemain import JDT dari Singapura, Hariss Harun terlibat dengan tugasan antarabangsa bersama pasukan republik itu pada 10 dan 14 Oktober selain Stadium Tan Sri Hassan Yunos bakal dinaik taraf bagi memberikan keselesaaan kepada penonton.
   
Tarikh berkenaan bagaimanapun dibantah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kerana skuad Penyu dikatakan telah membuat persiapan awal untuk menghadapi perlawanan tersebut.
   
Kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan pada aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada Jumaat lepas. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib