Tuesday, 21 October 2014

Aksi gadis bertudung sentuh harimau viral di Facebook

Gadis comel selamba menyentuh harimau yang sedang berehat.
Gambar aksi gadis manis membelai dan menyentuh harimau dapat ribuan perhatian dan komen, dalam kehangatan rakyat Malaysia dikejutkan dengan isu program sentuh anjing, I Want to Touch a Dog.
Harimau sememangnya digeruni dan dianggap binatang berbahaya gara-gara karakternya yang ganas dan oleh sebab itulah binatang ini digelar raja rimba.
Lihat sahajalah kes insiden tragis yang berlaku di Zoo Delhi apabila seorang lelaki berusia 20 tahun maut dibaham harimau putih bulan lepas hingga mendapat perhatian dunia.
Hari ini di laman sosial Facebook tersebar pula sekeping gambar yang digabungkan menunjukkan reaksi gadis cantik itu sebelum menyentuh dan akhirnya membelai binatang itu.
Pada awalnya, gadis cantik itu dilihat seakan gementar dan takut-takut namun akhirnya dilihat berani memangku kepala harimau itu.
Rasa-rasanya harimau ini jantan agaknya.. miang dan manja semacam jer!.. hehe..
Tapi yang kelakarnya , gambar ini mendapat ribuan komen dan reaksi daripada pengguna Facebook dan membandingkan gambar ini dengan kontroversi kes acara ‘I Want to Touch a Dog’ (Saya Mahu Sentuh Anjing) .
Komen orang ramai gambar gadis sentuh harimau.
Nampaknya ramai yang memberi komen lebih baik menyentuh harimau berbanding anjing.
Tetapi perlulah diingat menyentuh anjing tidaklah haram dan berdosa cuma haiwan ini tergolong dalam najis berat dan atas tujuan apa anda memegangnya? itulah yang kini menjadi tanda tanya.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib