Wednesday, 8 October 2014

(5 Gambar) Gara-gara seekor lembu, 7 kereta berlanggar

Keadaan kereta yang terlibat nahas di Machang.
Tiga cedera dalam satu kemalangan membabitkan tujuh buah kenderaan di Km53.9 Jalan Machang-Kuala Krai, Machang hari ini.
Dalam kejadian 6.55 pagi itu, sebuah kereta dari arah Machang dikatakan cuba mengelak seekor lembu, sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dari arah Kuala Krai.
Pemangku Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Kamal Azural Mohamed berkata, lima buah kereta lain kemudiannya turut terbabit kemalangan selepas cuba mengelak kejadian itu.



Mereka yang cedera ialah penumpang SUV iaitu Hafizuddin Awang, 27, Tengku Hanani Tan Ibrahim, 29, dan Mukhsin Maliki, 29, yang kesemuanya kini dirawat di Hospital Kuala Krai, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sementara itu, Ketua Bomba Daerah Kuala Krai Azman Hassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kemalangan itu pada pukul 7.24 pagi dan tiba di lokasi lima minit kemudian.
“Enam anggota kami ke lokasi kejadian, semua mangsa selamat dikeluarkan dari kenderaan masing-masing dengan bantuan orang ramai,” katanya. – BERNAMA, gambar DAILY TRAFFIC REPORT

1 comments:

  1. Dr hafizuddin i know him since dkt russia lg..get well soon kesiannya,.

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib