Tuesday, 7 October 2014

(5 Gambar) Dua beradik maut kemalangan di Kota Tinggi

Keadaan kereta kelisa yang terlibat dalam kemalangan maut di Kota Tinggi.
KOTA TINGGI: Dua beradik maut, manakala adik bongsu mereka cedera parah apabila Perodua Kelisa dinaiki mereka bertembung sebuah Naza Ria di Kilometer 66 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, tiga beradik, Muhammad Hazim Hazri, 18; Muhammad Farish, 14 dan Fitri Hakim, 11, dalam perjalanan ke Air Tawar 4, di sini, dari Pasir Gudang. 



Bagaimanapun, apabila tiba di lokasi kereta dinaiki mereka bertembung sebuah Naza Ria menyebabkan ketiga-tiga beradik itu cedera parah. 

Pemandu, Muhammad Hazim dan penumpang depan, Muhammad Farish meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Kota Tinggi.

Manakala Fitri Hakim yang duduk di belakang cedera parah dan kini mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.-HARIAN MERO

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib