Thursday, 2 October 2014

(4 Gambar) Sadis! Gadis dikerat dan dibakar oleh teman lelaki

Polis menyiasat di tempat kejadian.

Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai membunuh, memotong dan membakar mayat teman wanitanya dalam kejadian di Kampung Tok Keramat, Juru, di sini, awal pagi semalam.
Suspek dipercayai bertindak demikian untuk menyembunyikan mayat mangsa yang dikenali sebagai Intan, berusia lewat 20-an dan berasal dari Teluk Air Tawar, Butterworth yang sering berkunjung ke rumahnya.
Lelaki berusia lingkungan 40-an itu kemudian bersembunyi di rumah kenalannya di Bandar Baharu, Kulim, Kedah, namun berjaya dikesan dan diberkas oleh polis, pada jam 4.45 petang semalam.
Isteri saya bertambah curiga lalu memeriksa kawasan sekitar kediaman sebelum menemui serpihan tulang dengan kesan terbakar di satu lokasi kira-kira 50 meter dari rumah”
Abang ipar suspek yang enggan dikenali berkata, isterinya berasa tidak sedap hati selepas dimaklumkan oleh anak lelaki mereka dan jiran mengenai tindakan suspek membawa cangkul dengan badan berlumpur ke kawasan semak berdekatan rumah mereka.
“Isteri terus ke rumah adiknya dan menjumpai pakaian berlumuran darah. Adik ipar saya itu bagaimanapun terus melarikan diri menggunakan motosikal teman wanitanya, namun wanita itu tidak kelihatan pun di rumah terbabit.
“Ia membuatkan isteri saya bertambah curiga lalu memeriksa kawasan sekitar kediaman berkenaan sebelum menemui serpihan tulang dengan kesan terbakar di satu lokasi kira-kira 50 meter dari rumah. Dia kemudian membuat laporan polis,” katanya.



Sementara itu, Pakar Perunding Patologi Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr Zahari Noor, berkata pemeriksaan terhadap tulang yang ditemui kira-kira jam 2 pagi semalam itu, mengesahkan ia milik manusia, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor, berkata polis sudah membawa suspek ke lokasi kejadian untuk membantu mengesan anggota badan mangsa, manakala motif pembunuhan masih dalam siasatan. -BERITA HARIAN

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib