Sunday, 19 October 2014

(18 Gambar) 2 maut, seorang parah kemalangan 4 superbike di Karak


Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 25 Lebuhraya Karak kira-kira jam 11.15 pagi ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selayang, kemalangan itu turut membabitkan sebuah kereta yang mana mengakibatkan seorang penunggang motor rentung manakala rakannya maut dirempuh dalam kemalangan itu.
Jurucakap itu berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.22 pagi sebelum tiba lima belas minit kemudian bagi memadamkan kebakaran motosikal.
"Seorang mangsa yang parah sudah dikejarkan ke hospital manakala dua yang lain maut ditempat kejadian," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Punca sebenar kemalangan masih lagi disiasat dan tidak menolak kemungkinan ia mungkin berlaku ketika motosikal dan kereta itu menuruni selekoh curam di lebuhraya berkenaan, kata jurucakap itu.-Harian Metro
Kemalangan maut motosikal jenis superbike yang berlaku di Lebuhraya Karak sebentar tadi. Kejadian melibatkan 4 buah motosikal berlanggar sesama sendiri sebelum terbakar. 

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

JENIS INSIDEN:KEMALANGAN J/RAYA
TARIKH/MASA TERIMA PANGGILAN:19/10/2014 (1122)
JENTERA PERTAMA TIBA: 1140
ALAMAT: KM25 LEBUHRAYA KARAK
BALAI TERLIBAT: BBP SELAYANG
KOMANDER OPERASI: JUMLAH KEANGGOTAAN: PKII-1, PB-6
LAPORAN AWAL KEJADIAN: KEMALANGAN MELIBATKAN 3 BUAH MOTORSIKAL BERKUASA TINGGI DAN TELAH TERBAKAR MELIBATKAN 3 ORANG MANGSA (1 RENTUNG, 2 CEDERA PARAH)
MANGSA:1 RENTUNG 2 CEDERA PARAH

SEKIAN,TERIMA KASIH. 
PEGAWAI PGO BERTUGAS:
PPgB AHMAD AIDIL BIN AB MAJID

MASA INFOBLAST DIHANTAR:1209
Berita terbaru.
1 penunggang rentung (mati)
1 penunggang dilnggar (mati)
1 penunggang parah













0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib