Tuesday, 21 October 2014

(12 Gambar) Khaleeda bakal jadi isteri TMJ

TUNKU ISMAIL ditemani Cik Khaleeda ketika menyaksikan perlawanan bola sepak JDT menentang Sime Darby di Stadium Larkin, Johor Bahru pada Julai lalu.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinannya dengan seorang gadis pilihan hatinya iaitu Cik Khaleeda Bustamam di Istana Besar pada 8 November ini.
Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menyatakan istiadat pertunangan dan pernikahan Tunku Ismail akan diadakan di Istana Bukit Serene di sini, pada Jumaat ini.
“Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris memberi perkenan untuk Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinannya.
Jadi, perkahwinan baginda akan dilangsungkan penuh istiadat Diraja Johor serta berunsurkan tentera,” katanya. Khaleeda Bustamam berusia 20-an berasal dari Gombak, Selangor pernah dilihat di stadium menyaksikan perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) bersama Tunku Mahkota Johor. 
Biodata Cik Khaleeda Bustamam Bakal Isteri TMJ
Cik Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu kepada lima adik-beradik kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz.
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak bermula 2000 hingga 2003, sebelum meneruskan pendidikan awalnya di Sekolah St. George's Hanover Square, London pada 2003 hingga 2004.
Cik Khaleeda melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010. - mStar online












1 comments:

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib