Tuesday, 30 September 2014

Terengganu sedia layan JDT Jumaat ini

Perlawanan tumpuan Terengganu lawan JDT Jumaat ini pasti dibanjiri penyokong setia Hitam Putih.
Terengganu tidak mempunyai sebarang sebab untuk berasa gerun apabila berdepan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam pusingan pertama suku akhir Piala Malaysia, Sabtu ini.
Malah, skuad Penyu berazam mahu mencari bekalan selesa di hadapan penyokong setia mereka di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sebelum bertandang ke gelanggang lawan pada pusingan suku akhir kedua pada 18 Okt ini.
Justeru, Terengganu menyimpan hasrat untuk mencipta kejutan ke atas juara Liga Super musim ini.
“Perlawanan suku akhir pertama ini lebih diibaratkan ‘hidup mati’ untuk mencari tempat ke peringkat separuh akhir dalam kempen Piala Malaysia,” kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Marzuki Sulong.
Kesebelasan utama Terengganu yang dijangka diturunkan jurulatih Abdul Rahman Ibrahim.
Biarpun mengakui kehebatan pasukan Harimau Selatan itu, namun katanya mereka tidak akan menyerah kalah dengan reputasi menakutkan pasukan lawannya itu.
Beliau berkata mencari kemenangan ke atas JDT sudah tentu bukan tugas mudah malah memerlukan satu percaturan yang sempurna selain komitmen penuh daripada semua pemain.
Beliau berkata saingan suku akhir merupakan fasa berbeza dalam kempen Piala Malaysia malah menurutnya mana-mana pasukan mampu merangkul kejuaraan musim ini.
Justeru, Terengganu tetap akan mempertaruhkan barisan terkuat bagi memastikan kemenangan ke atas JDT dengan kelebihan selesa jaringan, katanya. -STADIUM ASTRO

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib