Thursday, 25 September 2014

Perogol bersiri dipenjara 45 tahun, 16 sebatan

Suspek rogol dapat balasan.
Seorang nelayan yang juga merupakan perogol bersiri dijatuhkan hukuman 45 tahun penjara dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini tadi atas dua kesalahan rogol dan tiga rompakan.
Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Noorin Badaruddin terhadap Mohamad Khairi Bahauddin, 32, selepas memerintahkan hukuman oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 2010 lalu supaya berjalan berasingan.
"Setelah meneliti rekod jenayah yang dilakukan responden (Mohamad Khairi) mendapati tidak dapat undang-undang simpati daripada mahkamah serta belas kasihan.
"Responden tidak sesuai berada bersama masyarakat jadi mahkamah menerima rayuan pendakwaan agar hukuman dijalankan secara berasingan," ujarnya dalam keputusan prosiding rayuan sebentar tadi.
Noorin bagaimanapun mengekalkan hukuman Mahkamah Sesyen sama yang dikenakan kepada Mohamad Khairi iaitu penjara 30 tahun dan 10 sebatan terhadap dua pertuduhan rogol.
Bagi tiga kesalahan merompak dia terpaksa menjalani hukuman penjara 15 tahun dan 6 sebatan. - KOSMO!

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib