Friday, 19 September 2014

Penyanyi Elyana komen isu buka tudung

Elyana beri penjelasan isu tak bertudung.
Rasanya dah lama kita tak dengar mengenai penyanyi comel yang popular dengan lagu ‘Niat’ ni kan. Siapa lagi kalau bukan Elyana.

Maklumlah, sejak berkeluarga ni,  wajah jelita penyanyi dan pelakon terkenal ni  kian sepi dalam industri hiburan tempatan. Sibuk kot jaga anak perempuannya yang comel tu. Hehe.

Tapi, tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba kami dengar gosip Elyana yang dikatakan dah berhijab kini free hair semula. Biar betul?




Melalui kiriman emel yang kami terima, ia menunjukkan foto yang telah dimuat naik oleh Elyana yang menjelaskan sebenarnya Elyana bukanlah sudah berhijab seperti yang disangka.

Iyalah, kalau kita lihat, sejak kebelakangan ini, Elyana kerap mengenakan tudung. Lalu timbullah andaian yang Elyana sudah berhijrah.


Tetapi, bila nampak foto-foto yang dimuat naik oleh Elyana, hah, mulalah ada yang mempertikaikan tindakan ibu muda ini. Haa, ni bukan kami pandai-pandai tulis tau, Elyana yang mengaku sendiri.

Setahu kami, Elyana tak ada pun buat pengumuman rasmi mengenai perubahannya. Mungkin peminat yng terlalu gembira mendoakan perubahan Elyana. Tak gitu?


Nahh, Elyana dah pun menerangkan semuanya, harap-harap lepas ni tiadalah yang beri komen yang bukan-bukan kepada penyanyi ini ya.

Siapalah yang tak nak berubah kearah kebaikan kan. Jom sama-sama doakan yang terbaik buat Elyana ya.-Ohbulan

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib