Sunday, 21 September 2014

Guru saman malu dituduh tampar murid hingga bengkak

Guru saman malu kerana dituduh menampar murid.
Guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Tanjung Tekong menafikan telah menampar pipi kanan anak muridnya.

Semalam Harian Metro menerbitkan artikel mengenai luahan bapa kepada pelajar tersebut, Jahurin Abdul Karim, 31 dengan tajuk "Pipi berbekas ditampar guru"

Menurut Jahuri, anaknya memberitahu bahawa dia ditampar guru kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. Berikutan kejadian, Jahurin berkata, isterinya telah membuat laporan polis.

Namun melalui ruangan komen, pengguna Facebook Jamilah Mohd Yusof yang dipercayai kenalan guru tersebut mendedahkan kes itu tidak benar dan guru terbabit telah memfailkan saman malu.

Menurutnya lagi, murid tersebut sememangnya seorang yang nakal di sekolah. Tambah seorang lagi pengguna Facebook Norhashimah Ahmad, siasatan yang dijalankan oleh pihak sekolah mendedahkan murid itu menghidapi Alergik.-Tengoktvonline

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib