Monday, 15 September 2014

Cikgu wanita dedah punca soalan UPSR 2014 bocor

 
Seorang guru tidak menolak kemungkinan dalam membocor soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dibuat rakan seprofesion bagi ‘mengajar’ Kementerian Pendidikan.

Hanya mahu dikenali sebagai Nurul, beliau berkata perbuatan itu mungkin dilakukan sebagai protes berikutan sistem pendidikan sedia ada membebankan guru dan ‘mengarut’.


“Guru diberi tekanan prestasi pelajar dan sekolah untuk kejar prestasi dan gred yang ditetapkan oleh pihak kementerian,” katanya pada perbualan di Facebook.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identitinya lantaran khuatir dikenakan tindakan atas pandangannya yang tidak sehaluan dengan kementerian.


Nurul berkata, tanggungjawab guru hari ini sangat terbeban dengan pelbagai sistem, jauh berbeza dengan peranan pendidik sekitar 20 tahun lalu.

Beliau berpendapat, dalang yang membocor soalan itu mungkin bertujuan cuba memenuhi indeks pencapaian yang ditetapkan kementerian.

1 comments:

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib