Thursday, 25 September 2014

Abby Abadi dipanggil sebagai 'Abby Ababi'

Abby dedah Farhan beri gelaran Ababi.
Semalam menerusi laporan media Farhan telah memberi kenyataan bahawa dia pernah cuba melangsaikan separuh hutangnya kepada Abby dengan bayaran RM5,000. Namun, Abby menolak dan mahu Farhan menjelaskan semua hutangnya sekaligus. Farhan juga kesal dengan cara Abby yang seolah-olah cuba menjatuhkan maruahnya.

Namun begitu, Abby nampaknya segera membalas kenyataan Farhan itu. Abby telah berkongsi sekeping foto perbualan antara Farhan dengan rakannya yang nyata membuat ramai terkejut. Siap ‘bahasakan’ Abby sebagai Abby ‘Ababi’ lagi. Agak biadab juga lah kan?



Ini lagi antara perbualan Farhan & kawan2 dia… Ada yg cakap Sy siarkan sebab nk malukan dia? Sy malukan dia ke atau dia yg cuba nk menjatuhkan maruah Sy sebelum ni? Cuba baca tengok dia panggil Sy apa……. Nak lawan meh dtg jumpa lahhh.. sembang dalam FB dgn kawan2 je mcmana nk selesainya….. Sejujurnya, Sy tak pernah dera dia.. tak pernah. Anak3 Sy pun Sy tak pernah dera… Nak dera dia utk apa? Pelik2 je statement Farhan ni tp ada je yg back up….. Alahai….. Sekali lagi ulang: Sy disini utk jelaskan keadaan…… Sy nkkan hak Sy. Kalau ada jalan utk dptkan bgtahu ye….. Terima Kasih. Yg sudah tu sudah, yg berlalu biar berlalu ye Farhan ye… Hal rumahtangga Sy takde cerita pun.. Tiada siapa pun tahu apa punca keadaan ni… main2 agak2 sendiri je.. Sekarang Sy cuma nkkan hak Sy… SILA YE SELESAIKAN SECEPAT MUNGKIN. Diammmm buat bodoh je… Bila siarkan di media, respon pun tunjuk kebodohan juga baik cal/msg Sy terus. Apapun Sy maafkan utk segala tuduhan sebelum ini & tulisan ini.

Bila dah terjadi perkara sebegini, ada juga yang mempersoalkan tindakan mengejut Abby dahulu untuk berkahwin dengan lelaki yang dianggap ‘tidak matang’ seperti Farhan. Namun, segalanya telah ditentukan oleh Allah SWT dan nampaknya Abby tidak pernah berputus asa untuk mempertahankan haknya. Mungkin dek kerana alasan itu, Abby juga telah memuat naik sekeping lagi foto komen Farhan yang dilihat sengaja mahu mengaibkan dirinya.




Ini antara print screen yg kawan sekolah Farhan hantar pd Sy ttg respon Farhan bila Sy siarkan di media ttg ‘hal2 yg bertangguh’ tu…. Mmg betullah tu akaun dia.. tp Sy taktahu sbb Sy dah tak ber Fb pun skrg… hanya di page & disini saja… Sy dah ajak selesaikan cara baik… tp dia mmg lepas tangan mcm tu jer.. Bila media siarkan baru nk beri respon.. itupun bukan nak selesaikan. Burukkan Sy pula. Mmg tiada ilmu langsung tentang tanggungjawab. Minta tengok cermin selalu ye Farhan & kawan2nya… Sy cuma minta hak Sy….. Sebelum nk keluarkan apa2 kenyataan, fikir dulu…. Kalau mampu nk jawab depan ALLAH nnti, teruskan

Erm..sebenarnya hanya mereka berdua sahaja yang tahu apa yang terjadi dalam sehinggakan Abby dan Farhan kini boleh diumpamakan seperti ‘anjing dan kucing’. Dua-dua tidak mahu mengalah dan saling bercakaran. Apapun, kita ikuti sahajalah kisha seterusnya daripada mereka berdua. Mana tahu mungkin mereka boleh berbaik dengan cara aman damai pula selepas ini.

Sumber: Ohbulan dan Instagram Abby Abadi

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib