Wednesday, 24 September 2014

(7 Gambar) Biawak ganas cuba baham bayi 8 bulan

Bayi berusia lapan bulan jadi mangsa biawak ganas.
Seekor biawak besar yang menganggap seorang bayi perempuan berusia lapan bulan sebagai santapan alternatifnya bertindak menyerang dan menggigit sehingga mendatangkan kecederaan serius pada bahagian muka mangsa.

Insiden itu dilaporkan berlaku di kuarters pekerja Berjaya Resort Tioman, pagi kelmarin
Menurut sumber berita, kejadian itu disedari oleh ibu mangsa yang terdengar bunyi bising sebelum diikuti tangisan kuat anaknya dan mendapati seekor biawak besar sedang menggigit serta mencengkam kepala bayi perempuannya dengan kuku,

Sebelum kejadian itu, ibu kepada mangsa meninggalkan anaknya seketika di dalam alat bantuan berjalan (baby walker) berhampiran kawasan dapur untuk mengambil sesuatu



Biawak tersebut cuba menarik bayinya keluar dari kawasan dapur dipercayai untuk dibawa lari ke dalam semak berhampiran.

Mujur wanita itu berjaya menyelamat anaknya sebelum meminta bantuan orang awam membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Tekek Pulau Tioman bagi mendapatkan rawatan

Keadaan mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas dipindahkan dan mendapat rawatan susulan di Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu.-mysumber

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib