Tuesday, 16 September 2014

(6 Gambar) Jururawat mangsa langgar lari, polis cari saksi


Mangsa terbaring selepas kemalangan.
Polis memohon saksi kejadian atau individu yang terbabit dengan kejadian langgar lari di persimpangan Bukit Rasah, Jalan Rasah, semalam, agar tampil untuk membantu siasatan.

Menurut jurucakap polis, dalam kejadian itu, seorang jururawat meninggal dunia selepas motosikal ditungganginya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta yang dipandu laju, kira-kira jam 6.30 pagi.

Beliau berkata, mangsa, Nadiatul Nalia Abdullah, 30, cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia sebaik sahaja dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini.





“Menurut saksi kejadian, ada yang ternampak sebuah kereta jenis Proton Saga BML warna putih melanggar motosikal mangsa jenis Honda EX5 itu. Namun nombor pendaftaran kereta berkenaan gagal dikesan.

“Disebabkan perlanggaran tersebut, mangsa tercampak dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri sehingga menyebabkan kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan untuk ke hospital.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut, diminta tampil ke mana-mana balai polis atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Kamarudin di talian 012-7280644 atau hubungi Balai Polis Seremban di talian 06-6033322," katanya.-SINAR HARIAN, DAILY TRAFFIC REPORT

1 comments:

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib