Sunday, 28 September 2014

(4 Gambar) Wanita parah ditikam peragut

Mangsa cedera parah.
Seorang wanita warga emas parah ditikam di pergelangan tangan dalam satu kejadian ragut di Pasir Puteh pagi tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa yang berketurunan Cina mahu membeli telur di sebuah kedai di bandar itu.
Tiba-tiba datang seorang lelaki lalu menikam tangan kanan mangsa menggunakan pemutar skru. Mangsa yang cedera ditinggalkan dalam keadaan berlumuran darah sebelum orang awam datang membantu.
Suspek kini dicari bagi membantu siasatan. Jumlah kerugian juga masih dalam siasatan. -Terengganu Times



0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib