Friday, 19 September 2014

(12 Gambar) Pelajar UiTM Shah Alam maut dilanggar pensyarah

Orang ramai melihat keadaan mangsa.
Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut akibat dilanggar sebuah kereta Volkswagen Passat yang dipandu laju seorang pensyarah universiti berkenaan di dalam kawasan kampus di Shah Alam. 

Mangsa, Fatin Farradia Yusof, 20, dilanggar kenderaan itu ketika berjalan selepas bergambar bersama rakan-rakannya di kawasan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sehingga menyebabkannya terjatuh dari kawasan berbukit ke perhentian bas berdekatan. 

Fatin Farradia merupakan penuntut tahun kedua Diploma Sains Sukan dan Rekreasi meninggal dunia kira-kira jam 7.30 malam tadi, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, berikutan pendarahan dalaman. 

Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof Dr Azizul Halim Yahya ketika dihubungi berkata dalam kejadian 5.20 petang itu, mangsa yang baru selesai menghadiri kuliah, dikatakan sedang berjalan bersama rakannya sebelum dilanggar kereta itu, menyebabkannya tercampak. 

"Kereta pensyarah itu kemudian melanggar pembahagi jalan manakala mangsa jatuh ke bawah bukit setinggi kira-kira lima meter dan pengsan sebelum dia dikejarkan ke HTAR," katanya. 
Fatin Farradia Yusof pelajar UiTM Shah Alam berasal dari Dungun.













Menurut Azizul, pensyarah wanita berumur 58 tahun yang memandu kenderaan tersebut difahamkan mengalami sakit kepala sebelum kejadian itu, menyebabkan beliau gagal mengawal kereta tersebut. 

"Pensyarah itu kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini untuk pemantauan lanjut daripada doktor," katanya. 

Sementara itu, jenazah Fatin Farradia difahamkan akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Dungun, Terengganu selepas proses bedah siasat selesai. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

1 comments:

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib