Friday, 15 August 2014

Warga emas maut kemalangan di LPT Cheneh

Kejadian berlaku di LPT2 berhampiran Cheneh. -Gambar hiasan.
 Seorang warga emas yang merupakan peneroka maut selepas kereta yang dipandu anaknya hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan di KM256.4, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berdekatan susur masuk ke Bandar Baru Cheneh hari ini.

Dalam kejadian 3.50 pagi itu, mangsa Abdullah Abdul Rahman, 65, dalam perjalanan pulang bersama anaknya Abdul Amin Abdullah, 23, ke Felda Siantan, Jengka, Pahang selepas melawat warisnya yang meninggal dunia di Kelantan.

Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, kereta Proton Wira yang dipandu Abdul Amin hilang kawalan ketika memasuki LPT2, lalu melanggar pembahagi jalan hingga menyebabkan bapanya mengalami kecederaan dalaman yang parah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya hanya cedera ringan.

Abdul Amin ketika ditemui di Hospital Kemaman berkata selepas keretanya melanggar pembahagi jalan, beliau menggagahkan diri bangun dan melihat bapanya terperosok di bawah tempat duduk penumpang.

"Tanpa berfikir panjang, saya terus keluar kereta menarik ayah keluar kerana lihat minyak petrol banyak mengalir keluar. Masa itu saya takut kereta meletup lantas saya tarik terus ayah keluar," katanya dan ketika itu keadaan ayahnya kritikal.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam ketika ditemui mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib