Monday, 18 August 2014

(7 Gambar) DJ radio Era Adi Fashla kemalangan di Karak

DJ Era FM Adi Fashla terlibat kemalangan di Karak.
Penyampai radio Era, Adi Fashla Jurami, 36, retak bahu kiri selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 47 Lebuhraya Karak arah Kuantan, dekat sini, pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal berkuasa tinggi terbabas sebelum melanggar penghadang jalan. 

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor, berkata Adi Fashla dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas ke kiri jalan. 

Menurut Mansor, mangsa dikejarkan ke Hospital Bentong bagi mendapatkan rawatan.
-BERITA HARIAN, gambar DAILY TRAFFIC REPORTS





0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib