Friday, 29 August 2014

(12 Gambar) 3 maut, 3 parah terlibat kemalangan ngeri di Ketengah Jaya Dungun

Dua buah kereta terlibat kemalangan di Ketengah Jaya Dungun.
Tiga sahabat baik maut terdiri dua lelaki dan seorang wanita selepas Proton Perdana dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti serbaguna (SUV) di Kilometer 18, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Mangsa Zuhairi Mahmood, 32, dari Felda Kerteh 6, Noor Aida Osman, 29, dan Mohd Haiqal Sani, 22, kedua-duanya dari Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta dipandu Zuhairi yang sedang dalam perjalanan dari AMBS menghala Paka, terbabas ke kanan jalan sebelum bertembung SUV dari arah bertentangan.

Zuhairi menemui ajal akibat parah di kepala dan seluruh bahagian badan, Noor Aida putus tangan kiri dan kaki kanan serta tersepit di tempat duduk depan manakala Mohd Haiqal parah di kepala dan badan selain tercampak kira-kira 15 meter dari kenderaan.











Pemandu CRV Rokhaimie Mohammed Isiban, 47, dan anaknya Muhammad Faisal Rusydan Rokhaimi, 14, serta adiknya Abdul Hakam Mohamed Isiban, 37, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
Kemalangan itu menyebabkab kedua-dua arah jalan ditutup kepada lalu lintas kira-kira empat jam.-HARIAN METRO, gambar DAILY TRAFFIC REPORT

1 comments:

  1. Al-Fatihah....Moga rohnya tenang di sana walau pe cara arwah pergi sekalipun..

    JOM JD AGEN FRANCHAISI AYAM GORENG KEFCI DGN PAKEJ DIJAMIN PALING MURAH...TIADA ROYALTI,TIADA PENDAFTARAN,TIADA KOMISYEN,TIADA SAINGAN,SEME LAYAK MEMOHON TANPA LESEN PERNIAGAAN!
    KEUNTUNGANNYA 100% MILIK ANDA,JENAMA ANDA,MASA ANDA,KEBEBASAN ANDA!
    90% DRPD RAKAN NIAGA KAMI BERPENDAPATAN RM2K SEBULAN UTK PART TIME SHJ

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib