Tuesday, 29 July 2014

Kaedah agih Dana Raya akan dikaji semula - Ahmad Razif

Orang ramai beratur sepanjang jalan untuk mengambil Dana Raya di Bank Simpana Nasioanal (BSN).
Kerajaan negeri Terengganu akan mengkaji semula kaedah pengagihan dana raya pada masa akan datang untuk memberi perkhidmatan yang lebih efektif dan memudahkan rakyat. 

Menteri Besarnya, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kajian secara menyeluruh tentang pembahagian dana termasuk cara pelaksanaannya akan dibuat selepas Aidilfitri ini. "Insya-Allah, kita akan pastikan post mortem dibuat selepas Aidilfitri ini. Yang mana kelemahannya akan kita baiki dan kita akan pastikan masalah yang berlaku sekarang seperti mana yang dapat kita lihat, tidak akan berlaku lagi. 

"Saya sendiri telah turun padang, melihat rakyat beratur panjang di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), ada yang bawa anak, memang kesian dan mereka sanggup beratur panjang walaupun tarikh baucer tamat 30 Nov, sebab nak pakai duit... Insya-Allah kita akan baiki semua ini," katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena majlis Berbuka Puasa Bersama 200 Pengamal Media yang diadakan di Hotel Permai di sini malam tadi. 

Ahmad Razif berkata, bagaimanapun kerajaan negeri telah mengambil langkah awal dengan menghapuskan sistem borang dan menggantikannya dengan sistem secara online bagi memudahkan rakyat. 

"Pelaksanaan sistem borang sudah lapan tahun dilaksanakan, setiap tahun masyarakat perlu isi borang untuk mendapatkan dana raya, tapi tahun ini perkara ini dah tidak berlaku lagi kerana sistem borang sudah dihapuskan dan ini agak menyenangkan rakyat," katanya. Pada 26 Jun lalu, Ahmad Razif mengumumkan kerajaan negeri meluluskan lebih RM56 juta dana raya untuk lebih 70,000 penerima mengikut kategori. 
- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib