Thursday, 1 May 2014

Tragedi cinta ditolak, lelaki tikam wanita hingga mati

LOKASI lelaki terjun dari tingkat 11 flat. 
Akibat cintanya ditolak, seorang lelaki hilang akal sehingga tergamak menikam kenalan wanitanya sehingga mati sebelum nekad membunuh diri beberapa jam kemudian dengan terjun dari tingkat 11 sebuah flat di Kelana Jaya, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, suspek ditemui mati oleh sepasukan polis yang mencarinya susulan penemuan mayat seorang wanita dikenali sebagai Salmah Lok, 43 tahun di sebuah rumah di Jalan 9A/12, Sungei Way beberapa jam sebelum itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa yang bekerja sebagai tukang jahit ditemui mati oleh orang awam yang segera menghubungi polis kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

"Hasil siasatan mendapati mangsa yang berasal dari Sabah ditikam beberapa kali di bahagian perut menggunakan sebilah gunting," katanya di sini.
Menurutnya polis kemudian memperoleh maklumat mengenai suspek hasil temubual dengan beberapa saksi kejadian dan rakan mangsa.
"Bagaimanapun sebaik tiba di alamat suspek, mayatnya ditemui di bumbung stor flat berkenaan setelah dipercayai terjun dari tingkat 11," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Kematian Mengejut (SDR).-Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib