Monday, 12 May 2014

Kerana parking Felixia Yeap Dimaki seorang lelaki

Felixia Yeap
Budi bahasa budaya kita atau lebih mudah lagi apa yang diluahkan menunjukkan diri kita yang sebenar.

Itulah yang dialami oleh bekas model dan kini sedang  mendalami agama Islam Felixia Yeap yang diluahkan melalui laman sosial facebook miliknya beberapa hari lepas.


Katanya hanya gara-gara parking, dia dimarah dan ditengking oleh seorang lelaki yang memandu kereta mewah model Audi.

Alhamdulilah. Felixia sabar dengan keadaan yang begitu tegang itu, walaupun dia belum lagi memeluk agam Islam, sekurang-kurangnya dia mengamalkan adab yang dititikberatkan dalam agama, apa-apa pun yang penting dia mampu mengawal kemarahan dalam keadaan apa sekalipun, tahniah Felixia!

Felixia atau nama sebenarnya Yeap Chin Yee berkata, dia bakal memeluk Islam pada awal Ramadhan ini dan kini sibuk mempelajari ilmu agama. Katanya dia akan menghadiri kelas dan ceramah agama untuk memudahkan dirinya lebih memahami mengenai agama Islam. -Harian Blogger

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib