Friday, 2 May 2014

Kerajaan Pusat-PAS Kelantan tubuh jawatankuasa teknikal laksana hukum hudud

Kerajaan Pusat dan Kerajaan PAS Kelantan hari ini bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal di peringkat pusat sebagai langkah melaksanakan hukum hudud di negeri tersebut.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jawatankuasa berkenaan dianggotai oleh wakil Kerajaan Persekutuan dan PAS bagi menyemak peruntukan undang-undang sedia ada ke arah pelaksanaan hukum tersebut.
 
"Jawatankuasa ini untuk menghadam peruntukan (undang-undang) yang sedia, langkah-langkah untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam dilaksanakan dengan mengambil kira dari sudut kebijaksanaan dan keadilan kepada umat Islam.
 
"Dan mengambil kira tuntutan perlembagaan dan masyarakat bukan Islam di Malaysia supaya keindahan undang-undang jenayah Islam dapat dititik permulaan yang baik, bukan jadi tohmahan," katanya dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan rasmi dengan Kerajaan Kelantan di sini hari ini.
 
Pada pertemuan selama lebih dua jam itu, Jamil Khir mewakili kerajaan manakala Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Amar Abdullah mewakili negeri itu bagi membincangkan isu pelaksanaan undang-undang jenayah Islam atau hudud di negeri itu.
 
Ditanya mengenai keseriusan kerajaan persekutuan untuk menyokong rang undang-undang persendirian daripada kerajaan negeri Kelantan, Jamil berkata:
 
"Saya tak tahulah kalau (perbincangan) ini tidak dilihat sebagai serius," katanya.
 
Ditanya sama ada sokongan MP Umno terhadap rang undang-undang itu, Jamil berkata:
 
"Jawatankuasa teknikal itu akan mengambil kira semua itu. Bila kita sebut sedia bersama, inilah tanda keseriusan dan tanda untuk mengambil langkah-langkah berikutnta seperti penerangan (mengenainya) kepada masyarakat.
 
"Bagi masa kepada jawatankuasa ini termasuk syor-syornya," katanya.-antarapos

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib