Thursday, 15 May 2014

Gambar Zain cium Rozita di Paris dikritik peminat

Gambar Zain Saidin bercium dengan Rozita di Paris dapat kecaman peminat.
BELUM pun reda isu gambar ‘mesra’ pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan atau Che Ta di atas katil baru-baru ini, muncul satu lagi gambar yang tidak kurang kontroversinya.

Gambar yang dimuatnaik Che Ta itu memperlihatkan kedua-duanya sedang bercumbuan di hadapan Eiffel Tower di Paris.

Ia sekaligus mewujudkan dua blok di kalangan pengikutnya di akaun Instagram.

Ada yang menyokong dengan menganggap ia perkara yang halal untuk dilakukan oleh suami-isteri, manakala ada yang membantah atas alasan kemesraan suami-isteri perlu ada batasnya pada pandangan umum.


Hmm..bagi kami pula, tak salah jika hendak mempamerkan kasih-sayang antara suami-isteri kepada umum.

Tetapi berpada-padalah mengikut adat, budaya dan agama kita yang cukup menekankan ciri-ciri kesopanannya.

Rasanya, kalau tak tunjuk adegan mesra pun, orang luar tahu Zain dan Che Ta memang sedang ‘mabuk’ diulit cinta…tak gitu?-mynewshub

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib