Friday, 2 May 2014

Dituduh ke Bangkok bersama kawan lelaki, ini penjelasan Ana Dahlia

Aksi mesra Ana Dahlia bersama Ubai Zuikiflee di Thailand.
Baru-baru ini, gambar Ana Dahlia dan “teman tapi mesranya”, Ubai Zulkiflee di Bangkok telah pun tersebar. Menariknya di dalam salah satu gambar tersebut, ada gambar pasangan ini bermain buih bersempena dengan Pesta Songkran yang dianjurkan ketika mereka berada di sana. Seronok melihat senyuman mereka. Memang jelas tengah bahagia dan seolah-olah sedang hanyut dibuai cinta.


Namun seperti biasa apabila gambar sebegini dimuat naik ke media sosial, pelbagai persoalan mula bermain di minda para peminat. Salah satunya ialah “Ana dan Ubai tue pergi bercuti 2 orang je ke?“. Berkata kepada portal GUA, Ana Dahlia menafikan perkara tersebut. Kata Ana:-
Saya rasa saya tidak perlu cerita apa-apa lagi. Saya letakkan satu sahaja gambar saya bersama lelaki tersebut dalam Instagram saya, gambar-gambar lain, saya tidak tahu macam mana boleh tersiar. Kami bukannya pergi berdua ke sana, kami ke sana berama-ramai.
Mengenai acara Songkran, saya tidak tahu pun acara itu akan disambut ketika saya ke sana. Kawan-kawan saya mengajak saya bercuti ke sana, jadi saya hanya mengikut mereka sahaja dan itu cuma kebetulan. Saya tidak mahu komen apa-apa lagi mengenai perkara ini
Saya selalu berkongsi mengenai aktiviti dan rutin harian saya di Instagram untuk tatapan peminat. Bukan sahaja ketika di Bangkok, tempat lain juga saya kongsi, ketika saya menjalani penggambaran, beriadah dan sebagainya. Saya tidak faham kenapa perkara ini boleh menjadi masalah besar.
Saya rasakan tidak baik untuk mengambil gambar di Instagram tanpa bertanya kepada saya terlebih dahulu. Sebelum siarkan sebarang cerita ataupun gambar, apa salahnya jika bertanya dahulu.



Nasihat kepada Ana Dahlia, kalau dah muat naik gambar ke Instagram, bersiap sedialah untuk gambar tersebut disebarkan buat tatapan umum. Kalau taknak kena sebar, tak payah guna Instagram ke, Facebook atau pun Twitter. Itulah lumrah kehidupan seorang selebriti. Lagi beberapa gambar Ana Dahlia dan rakan-rakannnya terutama Ubai di Bangkok dengan membaca artikel ini sepenuhnya.-beautifulnara

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib