Friday, 9 May 2014

Buang bayi dalam pam tandas: Dua remaja ditahan

Polis menahan sepasang kekasih berusia 16 dan 18 tahun bagi membantu siasatan kes
Mayat bayi dijumpai dalam pam tandas.
penemuan mayat bayi lelaki dalam pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, pelajar perempuan tingkatan empat itu ditahan di rumahnya kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin tiga jam selepas mayat berkenaan ditemui.

Menurutnya, siasatan awal mendapati remaja perempuan itu pergi ke klinik berkenaan pada Selasa lalu selepas mengadu sakit perut dan ditemani ayahnya.

“Ketika sedang diperiksa doktor, remaja itu memberitahu sakit perut dan mahu ke tandas.

“Ketika di tandas dia dipercayai melahirkan bayi itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Mazlan berkata, mungkin disebabkan panik dengan bunyi tangisan bayi itu, remaja itu bertindak memasukkan bayi yang tidak cukup bulan itu ke dalam pam tandas sebelum menuju ke kereta bapanya.

Katanya, pelajar terbabit turut tidak memaklumkan kejadian kepada bapanya kerana bimbang rahsianya terbongkar.
“Kita berjaya mengesan remaja itu selepas orang awam menjumpai mayat bayi itu dan siasatan mendapati pelajar berkenaan melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya yang berusia 18 tahun hingga mengandung.

“Remaja itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut dan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mazlan berkata, polis juga menahan teman lelakinya di Butterworth, tengah hari semalam.
Katanya, dia direman empat hari bagi membantu siasatan.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib