Thursday, 1 May 2014

Anak kencing di tengah jalan jadi bualan media sosial

Sepasang suami isteri ditangkap kerana benar anak kencing di tepi  jalan.
Tindakan sepasang suami isteri yang membenarkan anak perempuan mereka yang berusia kurang dua tahun kencing di tepi jalan di Jalan Mong Kok, telah mencetuskan perdebatan mengenai tingkah laku dalam masyarakat di China.
Ia menjadi perbualan di media sosial selepas kejadian itu dirakamkan ketika kanak-kanak tersebut kencing jalan yang paling sibuk di Hong Kong.
Selepas aksi kanak-kanak itu dirakamkan, pasangan berkenaan telah bergaduh dengan lelaki yang merakamkan aksi itu dan mahu merampas kad memori daripada lelaki terbabit.
Wanita itu kemudiannya menjerit sambil memberitahu bahawa anaknya hendak kencing dan tidak boleh menahannya lagi.
Ketika kejadian, tandas awam di situ dilaporkan penuh dengan orang ramai.
Orang ramai yang melalui kawasan itu kemudiannya mengepung keluarga tersebut yang cuba melarikan diri.
Hukuman bagi mereka yang kencing di jalan di Hong Kong adalah denda sebanyak HK$2000. Bagaimanapun kencing di jalanan di China adalah perkara biasa.
Pertengkaran itu juga dirakamkan seorang pejalan kaki dan rakaman berkenaan telah tersebar di media sosial Weibo dengan lebih satu juta orang menontonnya
Ia juga menjadi isu yang dibahaskan selepas seorang wartawan, Luqiu memuatnaik video itu dalam blognya.-mynewshub

1 comments:

  1. Bangsa cina begitulah, dari kecil lg dah diajar kurang ajar. cina tetap cina.

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib