Wednesday, 9 April 2014

Wanita Panggang Kucing Peliharaan Dalam Ketuhar

Keadaan kucing yang mati selepas dipanggang dalam ketuhar.
Seorang wanita berusia 23 tahun membunuh anak kucingnya dengan meletakkan ia di dalam ketuhar gelombang mikro mengaku bersalah menyeksa binatang.
Laura Cunliffe , 23, meletakkan kucingnya yang diberi nama Mowgli yang berumur 4 bulan di dalam ketuhar gelombang mikro selama lima minit hanya kerana kucing itu ‘menyerang’ ikan emas miliknya. Kucing itu kemudian dikeluarkan dari ketuhar dalam keadaan nyawa-nyawa ikan denganorgan dalamannya ‘masak’.
Menurut pendakwaraya , kucing itu tidak dapat bernafas dan mati kira-kira 90 minit kemudian. Peguam pembelaan wanita itu memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mengalami kemurungan dan psikosis. Cunliffe akan dihukum pada 13 Mac depan.-penpatah

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib