Friday, 18 April 2014

Wanita maki operator PLUS dengan kata-kata lucah dan kesat

Seorang wanita melepaskan kemarahan kepada operator disebabkan kesesakan jalan raya.
SUDAH menjadi kebiasaan jalan raya di negara ini berada dalam keadaan sesak khususnya pada waktu puncak ketika orang ramai pergi dan pulang dari kerja.

Selain waktu berkenaan lalu lintas akan menjadi sesak ketika musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali ketika orang ramai pulang ke kampung dari bandar.

Kita akui, ada sesetengah pengguna jalan raya yang tidak berpuas hati dengan keadaan jalan raya khususnya ketika jalan sesak lebih-lebih lagi jika ia berlaku di lebuh raya.

Mungkin apa yang berlaku pada wanita yang memaki operator panggilan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) ini turut menderita akibat masalah yang sama iaitu kesesakan di lebuh raya berkenaan di sekitar kawasan plaza tol Seremban.

Rakaman audio perbuatan itu dimuat naik di laman video YouTube berdurasi selama 3.17 minit. Wanita itu tidak berpuas hati dengan keadaan jalan di kawasan itu yang sering sesak kadangkala berkilometer jauhnya.

“Aku balik pukul sembilan, jem, aku balik pukul 11 jem, pukul berapa yang sepatutnya aku balik haa, bangsat,” kata wanita itu dengan nada yang betul-betul marah.

Dia yang mendakwa sering berulang dari Melaka turut menggunakan banyak kata-kata kesat serta mendakwa yang dia mempunyai anak dan dalam kesusahan ekoran penutupan sesetengah bahagian di lebuh raya itu untuk kerja pembaikan.

Pada penulis, jika wanita itu kerap menggunakan jalan raya dan kerap memandu sepatutnya dia boleh menggunakan jalan biasa tidak bertol untuk mengelakkan kesesakan itu dan masuk semula di lebuh raya di Nilai sebelum terus ke Kuala Lumpur.


Zaman moden ini, banyak teknologi canggih seperti alat navigasi satelit (GPS) dan juga aplikas GPS komuniti iaitu Waze yang betul-betul boleh membantu.

Soalnya, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, dah tak hendak baik maki je senang… –mynewshub

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib