Sunday, 20 April 2014

(Video) Pengurus JDT II panas baran tumbuk pengadil

Pengurus Johor Darul Ta'zim II, On Jabar mencetuskan kegemparan malam tadi apabila menumbuk muka pengadil, Sukri Abd. Rahman selepas tamat perlawanan antara pasukannya dengan UiTM di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang berkesudahan seri 2-2 malam tadi.

Ketika pemain kedua-dua pasukan hendak meninggalkan padang, On tiba-tiba menumbuk muka Sukri sebelum mereka disuraikan dan dia dibawa keluar padang dengan diiringi pihak polis.

Selain itu, segelintir peminat turut mendakwa pihak pengadil tidak menjalankan tugas dengan adil apabila terdapat beberapa keputusan yang dibuat tidak memihak kepada pasukan tuan rumah.

Beberapa ratus penyokong JDT turut berkumpul di perkarangan pintu masuk orang kenamaan (VIP) manakala segelintir daripada mereka mendesak pengadil untuk keluar dan memohon maaf kepada mereka.


Pengulas sukan, Serbageth Singh bertindak bertemu dengan penyokong yang berkumpul di luar stadium dan bertindak menenangkan mereka.

"Setiap tindakan yang dibuat akan menimbulkan reaksi, jadi saya berharap semua pihak bersabar," katanya.

Sungguhpun demikian, beliau menjelaskan memang terdapat beberapa keputusan pengadil yang tidak tepat semasa permainan berlangsung.

Tidak lama selepas Serbegeth beredar, penyokong yang berkumpul turut bersurai.-utusan

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib