Wednesday, 9 April 2014

‘Topless Friday Beach Party’ dibatalkan serta merta!

Topless Friday Beach Party dibatalkan oleh DBKL.
Penganjuran parti liar di pusat hiburan, The Pool di Jalan Ampang di sini, Jumaat ini, dibatalkan.
Pusat hiburan itu juga diarah tutup seminggu berkuat kuasa malam tadi bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Arahan berkenaan dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis selepas masing-masing mengadakan pertemuan dengan penganjur ‘Topless Friday Beach Party’, semalam.
Ketua Pengarah DBKL, Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz, berkata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, mengarahkan pusat hiburan itu ditutup kerana melanggar syarat pelesenan.
Katanya, DBKL juga tidak pernah menerima permohonan daripada mana-mana pihak mengenai penganjuran parti itu.
“Jika kita menerima permohonan itu, kami tidak akan meluluskannya kerana ada hiburan lucah,” katanya ketika dihubungi.
Anggota penguat kuasa DBKL menurunkan iklan‘pool party’ di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja DBKL, Rolan Abd Rahman, berkata pemilik premis itu juga akan diberi surat tunjuk kenapa tindakan pembatalan lesen premis dan pusat hiburan tidak boleh diambil.
“Kita sudah melawat pusat hiburan ini tadi (semalam) untuk memberi amaran kepada pemilik supaya tidak menganjurkan parti itu dan menanggalkan semua iklan selepas mengetahui penganjurannya tersebar di internet, selain mengambil tindakan awal bersama polis,” katanya.-Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib