Saturday, 19 April 2014

Timbalan pengetua sekolah terselamat feri karam bunuh diri

Kang Min-Kyu bunuh diri.
Timbalan pengetua sekolah yang terselamat daripada insiden feri karam di Korea Selatan ditemui mati, dipercayai membunuh diri.

Polis tempatan di Pulau Jindo berkata, mayat Kang Min-Kyu, 52, ditemui tergantung berdekatan gimnasium sekolah.

Gimnasium itu menempatkan ahli dan waris keluarga penumpang yang masih belum ditemui sejak Rabu lalu.

“Punca sebenar kematiannya masih dalam siasatan," kata polis kepada AFP.

Agensi berita Yonhap memetik polis berkata, Kang Min-Kyu ditemui tergantung di sebatang pokok dipercayai membunuh diri.

Kumpulan pelajar dari Sekolah Tinggi Danwon di bandar Ansan selatan Seoul menaiki feri menuju ke Jeju.-Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib