Tuesday, 22 April 2014

Terkini: Fiza Elite sah failkan permohonan cerai

Fiza Elite sah memfailkan proses penceraian di mahkamah isnin ini.
Khabar keretakan rumah tangga pelakon Fiza Halim dan penyanyi Adam AF akhirnya terjawab apabila kes permohonan cerai pasangan itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin depan.
Menurut sumber, Fiza sudah memfailkan permohonan cerainya di mahkamah berkenaan pada minggu lalu dipercayai kerana kurang persefahaman dalam perkahwinan.
Cubaan Harian Metro mendapatkan penjelasan lanjut daripada Adam dan FIza gagal berikutan kedua-duanya tidak dapat dihubungi selepas mereka dipercayai mematikan telefon bimbit masing-masing.
Harian Metro hari ini melaporkan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, memberi bayangan menerusi luahan di Instagram semalam mengenai rumah tangga mereka yang bergolak.
Sebaliknya, Adam atau Mohd Aizam Mat Saman, 31, mengaku bahawa rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tetapi enggan mengulas lanjut.
Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan. -hmetro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib