Sunday, 6 April 2014

Tahniah! Wan Sakinah Isteri Kedua Ashraf Muslim Bersalin

Ashraf Muslim dan Wan Sakinah menyambut kelahiran anak yang pertama.
Gambar Wan Sakinah isteri kedua Ashraf Muslim selamat bersalin atau baru lahir anak perempuan. Tahniah diucapkan kepada Ashraf Muslim kerana telah bergelar seorang ayah setelah menimang cahaya mata hasil perkahwinan kali kedua. Menerusi laman instagram, Wan Sakinah menyatakan bahawa dia telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal seberat 2.51 kg pada 11.50 malam 5 April 2014. Terdahulu, Wan Sakinah pernah menimbulkan kontroversi apabila telah bernikah di Thailand pada Julai tahun lalu tanpa pengetahuan isteri pertama, Dayana. Ashraf Muslim pada perkahwinan kali pertama gagal mendapatkan zuriat. Bagaimanapun, Ashraf Muslim merupakan antara artis yang mengamalkan poligami di Malaysia.-Melvister

Status Wan Sakinah berkongsi berita melahirkan anak di Instagram.


0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib