Sunday, 6 April 2014

Rosmah Mansor mendoakan remaja yang hinanya di Facebook

Gambar Rosmah Mansur dihina di Facebook.
Susulan dijadikan bahan lawak dan fitnah seorang pengguna Facebook, terdapat sumber menyatakan Datin Seri Rosmah Mansor telah mengeluarkan komen mengenai perkara.
Beberapa laman sosial dan blog dilihat turut mengeluarkan kenyataan yang dikatakan datang daripada isteri Perdana Menteri berkaitan hal ini.
Ia berbunyi:
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya difahamkan ada poster di facebook yang disebarkan oleh adik Syed Saifullah berkaitan diri saya. Tiada apa yang dapat saya katakan selain mendoakan agar adik Syed Saifullah mendapat keberkatan dalam hidup, dipanjangkan usia, menjadi anak yang soleh dan menjadi insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara. Salam – Rosmah Mansor
Rasanya, Rosmah sedar segelintir orang memang kurang menyenangi dirinya namun tindakan pengguna Facebook yang menggunakan akaun Syed Saifullah ini memang sudah melampau.
Selain terang-terangan menyebar fitnah, dia juga boleh dianggap memperolok-olokkan insdien kehilangan pesawat MH370 yang sedang membuatkan seluruh Malaysia dalam keadaan dukacita. - MYNEWSHUB

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib