Thursday, 10 April 2014

Remaja 19 Tahun Maut Dibelasah ‘Kaki Botol’

Mangsa terbaring selepas dipukul.
Pulau Pinang – Seorang tukang cuci di Universiti Sains Malaysia (USM) maut selepas dipercayai dipukul sekumpulan empat lelaki mabuk di tepi laut berhampiran Ocean View, Sungai Pinang di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa, Ameer Mustaqim Naharudin, 19, dikatakan dipukul di bahagian muka dan kepala dengan topi keledar oleh kumpulan lelaki berkenaan.
Difahamkan, mangsa yang berseorangan ketika itu bertindak menegur empat lelaki terbabit yang dikatakan sedang bersantai sambil meminum bir sebelum dipukul.
Suspek yang panik selepas melihat mangsa rebah berlumuran darah melarikan diri dengan dua buah motosikal yang salah satunya jenis Honda EX5 berwarna putih.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kejadian berkenaan dilihat orang awam yang kemudiannya membuat laporan polis.
Bagaimanapun katanya, mangsa telah meninggal dunia semasa polis tiba selain dua cermin penutup muka topi keledar dan enam tin minuman keras dipercayai milik suspek ditemui berhampiran mayatnya.
“Lokasi kejadian tidak dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan gelap. Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan semua suspek terlibat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Tambah Mazlan, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.-utusan

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib