Friday, 4 April 2014

Radhi OAG & Nur Shahira Sah Bergelar Suami Isteri

Radhi OAG selamat berkahwin.
Penyanyi Radhi (OAG) sah bergelar suami kepada model sambilan Nur Shahira Ayu Zahiri, 20 dengan sekali lafaz di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.
Majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 10.30 pagi disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz Mohd Firdaus Subhi.
Pada majlis itu Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 37, menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 manakala wang hantaran sebanyak RM30,000 kepada pengantin perempuan.
Pihak lelaki turut memberikan 12 dulang hantaran antaranya minyak wangi, beg tangan, sejadah, produk kesihatan, sirih junjung, kek dan cincin.
Ia dibalas 14 dulang hantaran oleh pengantin perempuan antaranya sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, dompet dan tali pinggang, sejadah dan cincin.

Sebelum akad nikah, majlis merisik dan bertunang dijalankan sebagai menyempurnakan adat Melayu.
Kedua-dua mempelai kelihatan anggun mengenakan busana berwarna putih.
Radhi yang ditemui selepas majlis akad nikah melahirkan rasa syukur dengan pernikahan itu dan berharap rumah tangga mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
“Alhamdulillah, akhirnya kami disatukan. Saya harap dapat membimbing isteri ke arah kebaikan bersama.
“Saya rasa hidup ini lebih sempurna dan berazam untuk menjadi suami yang baik, InsyaAllah,” katanya kepada mStar Online.
Ini merupakan perkahwinan pertama buat Ayu dan yang kedua buat Radhi dan penyanyi itu turut mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu. – mStar

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib