Tuesday, 22 April 2014

Pusat urut diserbu, empat lelaki ditahan ketika sedang urut b2b

ANTARA tukang urut yang ditahan ketika operasi.
Empat pelanggan lelaki yang sedang menikmati urutan berahi ‘tubuh ke tubuh’ daripada wanita warga China tergamam apabila pusat urutan tradisional itu diserbu pihak berkuasa, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman diketuai Inspektor Mohammad Mohd Jais menyerbu premis berkenaan yang didapati terbabit dengan gejala maksiat.
Mohammad berkata, premis itu pernah diserbu polis bulan lalu, namun pemiliknya menukar pengurusan baru sebelum meneruskan perniagaan maksiat.
“Hasil serbuan itu, enam wanita warga China berusia 24 hingga 35 tahun ditahan selepas disyaki menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan selain urutan berahi.
“Difahamkan, wanita warga asing berusia sekitar 20-an itu menawarkan perkhidmatan ‘tambahan’ kepada pelanggan dengan caj antara RM80 hingga RM150,” katanya.
Menurutnya, enam pelanggan tempatan di dalam premis itu turut disoal siasat.
Mohammad berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat dan risikan berhubung kewujudan wanita asing menawarkan aktiviti maksiat di pusat urut yang pernah diserbu polis sebelum ini.
“Pihak polis bagaimanapun tidak menemui kondom dan semua wanita warga asing yang mempunyai pasport sah itu ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya.-Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib