Monday, 28 April 2014

PM Korea Selatan letak jawatan kerana Tragedi Feri Karam

Chung Hong-Won
Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-Won sebentar tadi mengumumkan meletakkan jawatan ekoran tragedi feri penumpang karam yang kini lebih 300 orang maut atau masih hilang.

“Saya mohon maaf kerana gagal membendung kejadian ini daripada berlaku dan gagal bertindak dengan betul ketika kejadian.

“Saya percaya sebagai Perdana Menteri semestinya perlu mengambil tanggungjawab ini dan meletakkan jawatan," katanya.

Kerajaan Korea Selatan dikecam hebat berhubung tragedi itu termasuk cara menanganinya.

“Saya sebenarnya mahu meletakkan jawatan awal lagi tetapi perlu menangani tragedi itu terlebih dahulu dan saya rasa perlu menjalankan tugas itu sebelum berundur.

“Tapi saya memutuskan untuk meletakkan jawatan sekarang kerana tidak mahu lagi menjadi bebanan kepada pentadbiran kerajaan," katanya

Dalam insiden berkenaan, Sewol, feri penumpang terbesar, karam bersama 476 penumpang - kebanyakan daripada mereka kanak-kanak sekolah - dalam perjalanan menuju ke selatan pulau peranginan Jeju pada 16 April lalu.

Menurut seorang penumpang, mereka mendengar satu bunyi yang kuat sebelum feri itu terhenti, lapor AFP.-sinar harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib