Saturday, 5 April 2014

Perodua janji model baharu lebih murah dan jimat tidak lama lagi

Model baru Perodua bakal dilancarkan tahun ini. (Gambar hiasan)
Pada harga lebih murah, pelanggan berpeluang memiliki kenderaan cekap tenaga Perodua apabila ia mula diperkenalkan di pasaran tempatan pada separuh kedua tahun ini.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, model terbaharu Perodua yang menggunakan teknologi kenderaan terkini diharap mampu mengulangi kejayaan jualan yang dicatatkan model Myvi sebelum ini.

Selepas Kancil, model yang dilancarkan Perodua adalah Rusa, Kembara, Kenari, Kelisa, Myvi, Viva dan Alza.

Myvi yang pertama kali diperkenalkan pada 2005 mencatat kejayaan sebagai model kenderaan paling laris dijual untuk tahun 2013.

Perhatian sekali lagi diberikan pengguna terhadap jenama ini menerusi pengenalan model baharu yang dikatakan lebih nilai dan jimat petrol.

Perodua mensasarkan pengeluaran model tersebut di kilang baharunya yang hampir siap di Rawang, Selangor.

Ia antara kemudahan pengeluaran automotif berkelas dunia dan pertama paling cekap di negara ini.

Prasarana bernilai RM790 juta itu mempunyai kemudahan sama dengan kilang berteknologi tinggi milik Daihatsu Motor CO di Fukuoka, Jepun.

Ia mencerminkan usaha serius Perodua untuk menjadi peserta automotif global yang lebih berdaya saing.

Menerusi pelan transformasi yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu, pengurusan melihat banyak pembaharuan dalam operasi syarikat.

Ia secara berperingkat berupaya menguruskan pengurangan kos operasi dari 15 peratus kepada 30 peratus.-Astro Awani

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib