Wednesday, 16 April 2014

Perlawanan panas Perak-JDT: Bas dipecahkan, 8 penyokong ditahan (7 Gambar)

Penyokong JDT terpaksa berkumpul ditengah padang di Stadium Perak. 
Anggota FRU terpaksa mengawal keadaan apabila tercetus provokasi antara penyokong Perak dengan pasukan Johor DT selepas Perak tewas dengan jaringan 0-1 dalam perlawanan Liga Super Perak bertemu JDT di Stadium Perak.
Seramai lapan lelaki berusia 16 hingga 25 tahun ditahan berikutan kekecohan yang berlaku dalam siri perlawanan Liga Super antara Perak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, semua mereka ditahan bagi membantu siasatan insiden berkenaan yang turut mencederakan beberapa penyokong, termasuk media.
Dalam perlawanan yang memihak kepada JDT 1-0 itu, pasukan penyokong mengganas dengan melempar mercun dan membaling suar ke dalam padang.
Kekecohan bermula sejurus tamat perlawanan berkenaan hingga memaksa pihak keselamatan stadium serta pasukan polis simpanan persekutuan (FRU), bertindak bagi mengawal keadaan.
Wartawan Sinar Harian, Razif Rosli cedera di kaki akibat terkena mercun, sementara jurufoto NSTP cedera di kepala terkena batu yang dibaling.
Dalam pada itu sebuah bas membawa penyokong JDT retak pada cermin selepas dilontar batu oleh individu tidak dikenali.
Bas JDT dipecahkan selepas perlawanan Perak dan JDT.




Pafa kesal bas JDT diconteng
PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak terlibat insiden bas membawa pemain dan pegawai pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) disembur cat kuning, petang semalam.
Presidennya, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, tindakan perlu diambil kerana telah mencemarkan imej penyokong tulen Perak.
“Ini perbuatan tidak bertamadun dan sama sekali tidak wajar berlaku. Mereka ini bukan orang yang meminati sukan bola sepak sejati.
as pasukan JDT diconteng dengan perkataan ‘This Ipoh’.
Seorang petugas media diusung keluar selepas terkena batu bata.

“Mereka bukan sahaja telah mencemarkan imej penyokong tulen Perak, malah memberi tanggapan yang tidak baik kepada pasukan pelawat,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Pafa, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin menjelaskan, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai kehadiran awal penyokong JDT bagi menyaksikan perlawanan di Stadium Perak, Ipoh.
Beliau berkata, pihaknya hanya menyedari kehadiran penyokong Harimau Selatan selepas insiden bas JDT disembur cat.
“Memang JDT tidak ada memaklumkan kita sama ada melalui telefon, faks, emel mahupun khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Pafa tentang kehadiran penyokong mereka di Ipoh.
“Lazimnya, memang jika pasukan lawan bertandang ke Ipoh, mereka akan maklumkan kepada kita kehadiran penyokong mereka, tapi bagi kes JDT ini, tiada dan jika kami ke tempat lawan pun kita akan hantar makluman, itu kebiasaannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Abdul Aziz menambah, Pafa menyediakan tempat letak kenderaan, termasuk kawalan keselamatan dalam stadium kepada penyokong JDT berkenaan.
“Kawalan keselamatan yang rapi memang kita lakukan untuk menjamin keselamatan penyokong dan biasanya penyokong kita tak bagi keluar dari stadium.
“Bas (membawa penyokong) akan datang ke pintu grandstand dan ambil mereka malah kita ada bantuan daripada pihak polis untuk iring mereka sampai masuk ke lebuh raya,” katanya.-Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib