Friday, 18 April 2014

Penyanyi terkejut dicium peminat di atas pentas

Afgan selamba dicium peminat
Pada dua hari lepas, telah menerima jemputan ke Secretaries Week @ PICC untuk dinner pada malam Penyanyi popular Indonesia, Afgan Syah Reza telah menerima kucupan daripada seorang peminat wanita yang hadir di Majlis Minggu Setiausaha Bersama Afgan yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) malam semalam.

Mungkin bukan pengalaman pertama buat penyanyi yang popular dengan lagu Terima Kasih Cinta itu, tetapi Afgan dilihat seolah-olah terkejut dengan reaksi peminat itu yang tidak semena-mena datang bergambar dan mengucup pipinya saat dia sedang mengadakan persembahan di atas pentas.

Namun dia kemudian sudah seakan-akan merelakan apabila sekumpulan peminat wanita mengerumuninya kerana mahu merakamkan gambar bersama serta tidak melepaskan peluang juga memeluknya dengan mesra ketika dia menyampaikan beberapa lagu pada malam itu.

Afgan pada malam itu muncul dengan lima buah lagu iaitu seperti Pesan Cinta, Jodoh, Panah Asmara, Bawalah Cinta dan Terima Kasih Cinta.

Tetamu wanita kelihat amat seronok sekali apabila dapat menyanyi bersama-sama dan bermesra dengan Afgan yang turut mengambil kesempatan bersama dengan peminat di bawah pentas dengan mengunjung dari meja ke meja.

Sebelum persembahan daripada penyanyi yang digilai wanita itu, malam tersebut terlebih dahulu diserikan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi, Noryn Aziz yang turut menyampaikan lima buah lagu.

Lima buah lagu tersebut adalah Natural Woman, Medley (Rolling In The Deep dan Set Fire To The Rain), Tinta Putih, Cinta Sejati dan Medley ( Happy dan You To Me Are Everything)

Noryn juga turut memkau peminat dengan suara dan persembahannya yang agak luar biasa walaupun dia kini sedang hamil 4 bulan.

Majlis yang diacarakan oleh Kuah Jenhan itu juga berselang seli dengan sesi cabutan bertuah buat para hadirin.-murai

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib