Tuesday, 22 April 2014

Pengurus Manchester United David Moyes dipecat serta merta

Pengurus MU David Moyes dipecat ekoran prestasi buruk.
PENGURUS Manchester United, David Moyes akhirnya dipecat oleh pihak pengurusan selepas 10 bulan menggantikan Sir Alex Ferguson di Old Trafford.

Sebelum ini kelab tersebut enggan mengulas laporan akhbar nasional pada Isnin lalu bahawa Moyes akan diberhentikan sebelum akhir musim ini.

Moyes, 50, dipilih oleh Ferguson selepas 26 tahun beliau membimbing pasukan itu sebelum ini.

Moyes meninggalkan Everton untuk menandatangani perjanjian enam tahun dengan juara Liga Perdana Inggeris.

Dalam satu kenyataan di kelab itu, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Moyes di atas usaha dan jasa beliau kepada United sebelum ini.

Untuk rekod, sepanjang di bawah bimbingan Moyes, United telah dikalahkan sebanyak 11 kali dalam 34 perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini dan berada di tempat ketujuh - 23 mata di belakang pendahulu Liverpool.-sinar harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib