Tuesday, 22 April 2014

Pengurus Manchester United David Moyes bakal dipecat minggu ini?

Kedudukan David Moyes tergugat selepas aksi buruk MU.
Pengurus Manchester United David Moyes dikhabarkan bakal dipecat dari jawatannya oleh pemilik kelab itu , keluarga Glazer, lapor beberapa akhbar Britain.

Menurut The Guardian semuanya ekoran prestasi merudum pasukanRed Devilsdi bawah jagaan Moyes musim ini.

Hanya baru 11 bulan menggalas jawatan yang ditinggalkan lagenda Alex Ferguson, Moyes mengikat kontrak selama enam tahun dengan kelab itu.

Ferguson sendiri menamakan Moyes sebagai penggantinya.

Moyes dipercayai telah kehilangan kepercayaan oleh keluarga Glazer dan eksekutif kanan kelab itu. Situasi yang dirumitkan lagi dengan kekalahan 0-2 di tangan Everton dalam perlawanan liga Ahad malam.

Laporan itu juga mengatakan khidmat pengurus berusia 50 tahun  berkemungkinan ditamatkan seawal, sebelum pertemuan dengan Norwich City hujung minggu ini.

Turut dikatakan bakal menerima nasib yang sama dengan Moyes, dua jurulatih Mike Phelan dan Rene Meulensteen disamping staf sokongan Steve Round, Jimmy Lumsden dan Phil Neville yang dibawa masuk oleh Moyes.

Kesemua mereka juga gagal mendapat sokongan pemain.

Sehingga kini Manchester United masih belum mencari pengganti Moyes, namun jurulatih Borussia Dortmund, Jurgen Klopp disebut-sebut antara yang mendapat perhatian.

Manchester kini mengumpulkan 57 mata dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan berkedudukan ketujuh liga.-Astro Awani

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib