Monday, 7 April 2014

Nicolas Anelka jadi rebutan T-Team dan Atletico Mineiro

Nicolas Anelka kini cari kelab baru.
Hajat T-Team untuk mendapatkan khidmat bekas penyerang kebangsaan Perancis, Nicolas Anelka untuk aksi pusingan kedua Liga Malaysia (Liga-M) semakin sukar kerana mendapat saingan dari kelab Brazil, Atletico Mineiro.
Kelab terbabit dikatakan turut berminat untuk mendapatkan khidmat bekas penyerang Arsenal, Real Madrid dan Chelsea itu.
Semalam, Presiden Atletico Mineiro, Alexandre Kalil menerusi Twiternya mengesahkan penyerang berusia 35 tahun itu menyertai kelab terbabit.
Apa pun, T-Team yang gagal mendapatkan khidmat bekas pemain Manchester City, Stephen Ireland, kini masih berunding untuk mengikat Anelka.
Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syarizan Mohd Zain, berkata pihaknya berminat untuk membawa pemain itu beraksi bersama The Titans selepas kontraknya dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), West Bromwich Albion, ditamatkan bulan lalu.
“Kami sudah mula melakukan rundingan dengan ejen Anelka yang juga abangnya dan mudah-mudahan kedua-dua pihak bersetuju pada terma dan syarat kontrak sebelum tarikh akhir pintu perpindahan pemain Liga M untuk pemain import tamat pada 19 April ini. -Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib