Thursday, 17 April 2014

Muhyiddn beri penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh

TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi tiba di rumah Karpal Singh di Pulau Pinang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.
Karpal terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya awal pagi tadi di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).
Ketika kejadian, kereta jenis MPV dinaiki Karpal hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebuah lori lima tan ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang.
Karpal dan pembantu peribadinya Michael Cornelius maut di tempat kejadian.
Bermula hari ini berkemungkinan sehingga Ahad, orang ramai boleh hadir di rumah mendiang Karpal di Jalan Utama, Kebun Bunga di Georgetown.
Jasad Karpal tiba di rumahnya pada pukul 3.40 petang tadi. – MYNEWSHUB.MY

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib