Wednesday, 2 April 2014

Moustapha Dabo bekas bintang Liga Turki pilihan Terengganu

Moustapha Dabo
Penyerang kelahiran Senegal, Moustapha Dabo menjadi pilihan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBNST), bukan bekas penyerang Lazio, Stephen Makinwa bagi menggantikan Marcio Souza dari Brazil yang ditamatkan kontrak, kelmarin.

PBSNT membatalkan hasrat menggunakan khidmat Makinwa yang terpaksa dihantar pulang ke negara asalnya, semalam selepas mendapati pemain berasal dari Nigeria itu adalah 'budak bermasalah'. 
Dabo, 28, menandatangani kontrak dalam satu majlis tertutup di Pejabat PBSNT, kelmarin dan menyertai Terengganu sehingga penghujung Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. 
Kelab terakhir yang diwakili penyerang itu adalah Kahramanmarasspor yang beraksi dalam Liga Pertama Turki.

Setiausaha Agung PBSNT, Arpin Draman, berkata hasil perbincangan dibuat pihak pengurusan bersetuju mengambil Dabo bagi mengetuai jentera serangan baru Terengganu.
Katanya, pihaknya berharap kehadiran Dabo yang mengisi tempat Souza dapat membantu pasukan terutama di bahagian serangan yang tumpul sebelum ini.

"Kehadiran Dabo menamatkan teka-teki pengambilan penyerang import baru Terengganu dan kita percaya pemain ini pilihan terbaik sekali gus menjadi penggempur utama pasukan.

"Kita sedang berusaha menyelesaikan pendaftaran Dabo dan jika tidak menghadapi sebarang masalah, pemain ini dapat diturunkan bertemu Sarawak, Sabtu ini di Stadium Negeri, Sarawak," katanya kepada BH Sukan, semalam.

Arpin berkata, seorang lagi penyerang import, Javier Estupinan dijangka tiba di Kuala Terengganu pada Ahad ini untuk menandatangani kontrak bersama Terengganu.

"Penyerang kelahiran Colombia berusia 30 tahun itu kini sedang bermain bersama pasukannya, Parrillas One dalam Liga Nasional Apertura Honduras," katanya.-bh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib