Tuesday, 8 April 2014

Laporan Audit: 100 Buah Komputer Milik PTPTN Disimpan BERHABUK Dalam Stor!

Laporang Audit menyenaraikan PTPTN  juga membazir.
Kira-kira lebih 100 komputer milik Perbadanan Tinggi Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disimpan berhabuk dalam stor menyebabkan sejumlah wang sewa RM100,000 dibayar sia-sia.
Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 2013 menemui 104 komputer peribadi disimpan dalam stor cawangan PTPTN seluruh negara.
Lawatan kumpulan audit ke cawangan di Pahang, Sarawak, Perak dan Negeri Sembilan menemui 49 komputer dan tujuh komputer riba disimpan dalam bilik stor.
Laporan mendedahkan agensi tersebut tidak menyatakan polisi pemulangan dan pengiraan semula perjanjian pajakan perjanjian yang dimeterai dengan MSTi Corporation Sdn Bhd dan Innovative Swift Sdn Bhd pada bulan April 2012 dan Januari tahun lepas, masing-masing menyewa 520 komputer dan 2,000 komputer riba kos sebanyak RM5.94 juta.
Innovative Swift merupakan pembekal utama, memajak sebanyak 2,000 komputer bernilai RM4.54 juta.
“Analisis audit mendapati sekiranya komputer yang ditemui tidak digunakan tersebut dipulangkan kepada pembekal, PTPTN boleh menjimatkan RM101,000 pembayaran sewa selama 13 bulan, daripada tarikh ia diterima pada 18 Disember 2012 hingga 31 Disember tahun lepas,” kata laporan tersebut.
Tabung pendidikan tersebut memberi pegawainya komputer untuk digunakan, langkah yang disifatkan asing oleh pihak Jabatan Audit Negara.
“PTPTN perlu pertimbangkan semula sama ada pemberian dua komputer kepada setiap pegawainya itu praktikal atau munasabah. Pegawai hanya wajar diberikan laptop yang boleh digunakan di pejabat dan luar pejabat.
“Ini boleh menjimatkan RM1.4 juta untuk tiga tahun,” kata laporan itu.
Dalam jawapan balas bertarikh 20 Januari tahun ini, PTPTN berkata 87 daripada 104 komputer tersebut dipasang secara berperingkat untuk kegunaan urusan pejabat sokongan di cawangan dan 17 unit digunakan untuk memudahkan percetakan kad deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional di setiap kaunter PTPTN.
Innovative Swift juga bersetuju menangguhkan penempatan 600 unit komputer riba pada April tahun depan hingga April 2018.
SEMENTARA itu , Ketua Audit Negara mengesyorkan agar PTPTN mempertingkatkan pengurusan sistem pinjaman/pembiayaan pendidikannya yang secara keseluruhan kurang memuaskan.
Syor yang dibuat dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 itu berdasarkan pengauditan antara April dan Julai 2013 yang mendapati PTPTN gagal melaksanakan Education Loan Management System (ELMAS) secara menyeluruh.
Menurut laporan yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini, bahagian penyenggaraan pinjaman seperti permohonan lanjutan tempoh pembayaran, penangguhan dan pengecualian bayaran balik dilaksana menerusi Sistem Pengurusan Kutipan Balik (e-UPKB) yang tidak berintegrasi dengan ELMAS dan ELMAS-i (Islamic Eucatioan Loan Management System).
Selain itu capaian logikal ELMAS dan ELMAS-i juga lemah kerana tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan dengan Pengenalan Pengguna dan kata laluan yang dibangunkan sendiri oleh PTPTN terlalu ringkas.
Audit juga mendapati ‘data cleansing’ ELMAS dan ELMAS-i tidak dilaksana sepenuhnya sehingga wujud pertindihan rekod dalam jadual pinjaman.
Selain itu pihak Audit turut mendapati terdapat 384 rekod pendapatan ibu bapa atau penjaga peminjam tidak munasabah berdasarkan jenis pekerjaan yang dinyatakan.
Laporan itu juga menyatakan bagi tempoh 1997 sehingga November 2013, PTPTN telah mengeluarkan pinjaman/pembiayaan pendidikan berjumlah RM53.23 bilion kepada 2.3 juta peminjam.
Daripada jumlah itu, RM5.14 bilion dikeluarkan bagi tahun 2013 untuk 201,958 pelajar.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib